Jawatan Kosong Smartphone Advisor
Exclusive Factory Mobile Sdn Bhd
Objektif Jawatan: Bertanggungjawab untuk mencapai sasaran jualan dan menyediakan perkhidmatan pelanggan yang cemerlang. Ini termasuk memberikan maklumat yang tepat mengenai produk, membantu pelanggan dalam proses pemilihan dan pembelian, serta memastikan pengalaman membeli yang positif dan memuaskan bagi setiap pelanggan.
Tanggungjawab-Tanggungjawab Utama:
1. Laluan Kerjaya (Career Path) yang jelas
Mencapai atau melebihi sasaran jualan tahunan yang ditetapkan.
2. Penjualan dan Perkhidmatan Pelanggan
Menyambut pelanggan dan membantu mereka dalam memilih telefon pintar yang sesuai dengan keperluan dan bajet mereka. Memberikan maklumat terperinci mengenai ciri-ciri, spesifikasi, dan harga telefon pintar. Mengendalikan transaksi jual beli dengan tepat dan cekap. Mencadangkan aksesori sesuai untuk pelanggan (upsale)
3. Promosi dan pengetahuan produk
Mengemaskini diri dengan pengetahuan terkini mengenai produk dan promosi terbaru. Menyampaikan maklumat mengenai promosi, diskaun, dan tawaran khas kepada pelanggan.
4. Pengurusan inventori
Membantu dalam pengurusan inventori termasuk menyusun stok dan memastikan produk dipamerkan dengan kemas dan menarik. Melaporkan kekurangan stok dan membantu dalam proses penerimaan stok baru.
5. Khidmat selepas jualan
Memberikan sokongan selepas jualan termasuk menangani pertanyaan pelanggan dan menyelesaikan isu yang berkaitan dengan produk. Membantu pelanggan dalam proses jaminan atau servis selepas jualan.
Location : Factory Mobile Kuala Terengganu
Job Details
JOB INFO & REQUIREMENTContract Type Full-time
Job Type Non-Executive
Experience Level 1-3 years, < 1 year
Job Categories Sales
Language Required English
Nationality Preferred Malaysians Only
Gender Preferred All Genders
Own Transport Motorcycle
SALARY & OTHER BENEFITS
Salary RM 1,750 to RM 2,200 per month
Other Benefit (Optional) 1. Bayaran komisen 2. Bayaran kerja lebih masa 3. Kenaikan pangkat 4. Bonus tahunan 5. Cuti bersalin
How to apply
To apply for this job you need to authorize on our website. If you don't have an account yet, please register.
Post a resume