Pembantu Pentadbiran

EPF Malaysia


Date: 3 weeks ago
City: Kuching
Contract type: Full time

DESKRIPSI TUGAS

Menyediakan sokongan pentadbiran dan menjalankan tugas sebagai pemandu dan pembantu am kepada Pejabat KWSP Wilayah Sarawak dan KWSP Cawangan Kuching bagi memastikan kelancaran operasi harian jabatan/unit/bahagian yang ditugaskan.



SKOP TUGAS

  • Bertanggungjawab untuk memandu kenderaan pejabat bagi tujuan rasmi serta membawa pegawai ke lokasi atas urusan kerja harian mengikut arahan.
  • Mengikut jadual tugasan yang telah ditetapkan dan mengurus penghantaran surat-surat ke Pejabat Pos setiap hari.
  • Membantu dalam penghantaran dokumen atau barangan rasmi di antara cawangan dan lain – lain lokasi.
  • Memastikan penyelenggaraan dan jadual servis kenderaan sentiasa dipatuhi serta membuat pemeriksaan rutin sebelum memulakan tugas.
  • Sentiasa bersedia menjalankan tugas di luar kawasan dan menerima arahan Pengurusan dari semasa ke semasa.
  • Menyelenggara fail dan rekod cawangan dengan teratur serta memastikan dokumen mudah diakses apabila diperlukan.
  • Melaksanakan tugas-tugas pentadbiran dan pengurusan dokumen seperti surat-menyurat, laporan dan memo rasmi.
  • Mengendalikan interaksi di antara jabatan atau pelanggan secara profesional, termasuk melalui telefon atau bersemuka.
  • Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengurusan dari masa ke masa mengikut keperluan.



KEMAHIRAN YANG DIPERLUKAN

  • Komunikasi: Mempunyai kemahiran komunikasi bertutur dan menulis yang baik dalam Bahasa Melayu.
  • Kerja Berpasukan: Keupayaan bekerja dengan baik dalam satu pasukan serta dapat menjalankan pelbagai tugas dalam tempoh masa yang ditetapkan.
  • Pengurusan Masa: Berkemahiran dalam mengatur masa dengan cekap.
  • Pengendalian Kenderaan: Memiliki rekod pemanduan yang baik serta mahir mengendalikan kenderaan.
  • Kemahiran Komputer: Pengetahuan asas dalam Microsoft Office seperti Word dan Excel.
  • Etika Kerja: Berdisiplin, teliti, dan bertanggungjawab dalam menyelesaikan tugas yang diberikan.



SYARAT KELAYAKAN

  • Warganegara Malaysia
  • Mempunyai sekurang – kurangnya 5 tahun pengalaman sebagai Pemandu bagi mana- mana organisasi di Malaysia
  • Mempunyai lesen memandu B dan D yang sah.
  • Lulus Bahasa Malaysia dalam peperiksaan SRP/PMR atau yang setaraf dengannya.
  • Berkebolehan bertutur, membaca, menulis dalam Bahasa Malaysia dengan baik.



PENEMPATAN

Pejabat KWSP Wilayah Sarawak dan KWSP Cawangan Kuching



STATUS PEKERJAAN

Tetap



Semua permohonan adalah SULIT dan hanya calon yang disenaraipendek akan dimaklumkan untuk sesi temu duga. Permohonan adalah dianggap TIDAK BERJAYA sekiranya tiada maklum balas yang diterima daripada KWSPdalam tempoh 2 BULAN selepas daripada tarikh iklan ini ditutup.

How to apply

To apply for this job you need to authorize on our website. If you don't have an account yet, please register.

Post a resume

Similar jobs

INVOICING CUM GENERAL CLERK

Pharmex Pharma (Sarawak) Sdn Bhd, Kuching
2 days ago
Candidate must possess at least SPM/STPMKnowledge in Microsoft Word and Microsoft Excel will be added advantage.New graduate or with working experience of at least 2 years in the related field are welcome to apply.Write Purchase Order from Sales Representatives or Customers via phone, fax, whatsapp or email.Do invoicing according to the Purchase Order checked by the Pharmacists.Filing of all related...

Admin Executive

ASTEEL Sdn Bhd, Kuching
1 week ago
Serve as the main administrative liaison between the operational team and internal or external stakeholders.Handle inquiries and direct them to the appropriate point of contact.Oversee and verify procurement details and purchase requisitions.Foster strong relationships with both internal and external stakeholders.Track and generate relevant monthly reports.Establish and maintain an organized documentation and filing system for both physical and electronic records.Participate in...

Admin assistant

100 Percent Discount Store Sdn. Bhd, Kuching
1 week ago
 Qualifications & experience Fresh Graduates are welcome to apply.Having1-2 years of working experience in the related field.Advantages if having experience as a Purchasing admin/Acc clerk.Required skill- Ms Office (Excel, Words and Powerpoint at least)Able to write/converse in Chinese language will be advantage.Fluent in both written and spoken Bahasa Melayu and English.Advantages if know in using Autocount system.Willing to learn and...